cITaKU Lab SK Mohd Ariff Abdullah

club IT for all koridor Utara

Program Cuti Sekolah - Kreatif IT Camp


Tarikh : 8 Disember 2010

Hari : Rabu

Jam : 8.30 pagi hingga 11.30 pagi

Tempat : cITaKU Lab SK Mohd Ariff Abdullah

Sasaran : Murid Tahun 6

Software : Movie Maker

Objektif : 1. Memahami software “ Movie Maker “ dan penggunaannya.

2. Merekacipta dan Menghasilkan Movie daripada gambar-gambar static

3. Menghasilkan persembahan multimedia yang menarik dengan

Menggunakan pelbagai elemen multimedia.


Perjumpaan IT Facilitator cITaKU Lab di office Koridor Utara Alor Setar

Perjumpaan diadakan di office Koridor Utara Alor Setarpada 11 November2010 bagi mendengar penerangan drpd En.
Azrin tentang tag peralatan cITaKU Lab.

Menyiapkan buku program - Hari Anugerah Cemerlang 2010

AJK Buku Program - Hari Anugerah Cemerlang
Software - Plublisher

Melatih persembahan Hari Anugerah Cemerlang - Aci-aci buka Pintu



Hari Anugerah Cemerlang 2010 diadakan pada

Tarikh : 10 November 2010
Hari : Rabu
Jam : 2.00 pm

Melatih pelajar dalam persembahan Aci-aci Buka Pintu yang terdiri drpd pelajar thn 4 dan 5.

Kerja-kerja Menceriakan cITaKU Lab

~Menyediakan sudut bacaan yang lebih selesa...melanggan majalah PC setiap bulan bagi menambah ilmu IT pada pelajar2.
~Menghiaskan dinding2 cabin agar lebih ceria dgn menampal corak2....Semoga keadaan lebih ceria dah menaikan lg semangat mengajar dan belajar.....

Lesson about Microsoft Excel for Year 4, 5, 6

~ Minggu 1 & 2, pembelajaran M/S Excel bg Thn 4, 5 & 6 adalah 'create table'. Penerangan diberikan iaitu cara-cara menghasilkan jadual serta menu2 yg ada. Kemudian memberi latihan agar ianya lebih berkesan. Bg thn 6, mereka sudah mula mempelajari cara menghasilkan bar chart & pie chart. Alhamdulillah, semua pelajar dpt mengikutinya dgn baik.....

Contoh jadual yang dihasilkan oleh Mohd Aiman Muqri (6R)....

Contoh jadual yang dihasilkan oleh Siti Ainin Sofiya (6R)....

Contoh pie chart Mohd Nabil (6T) Contoh bar chart Mohd Fazikri (6R)

KURSUS E-mail & Facebook

Tarikh : 10/7/2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 am - 12.30 pm
Tempat : cabin cITaKU Lab SKMAA

~ Kursus ini dihadiri oleh Guru Besar,Penolong Kanan, guru-guru serta staff sokongan SKMAA. Walaupun cabin cITaKU Lab SKMAA belum mempunyai internet, tetapi cikgu-cikgu di sini telah mencari alternatif yang lain dgn membawa brband sendiri atau berkongsi dgn kwn2 yang lain. kursus dimulakan dgn mendaftar email (gmail.com) setiap seorang mengikut step2 yg ditunjukkan. Kemudian, mendaftar facebook dan diajar cara penggunaannya.....contoh ( add friend, create list friend, send message,upload gambar & video, news feed, event, chatting online dll). Semua yang hadir amat memberi kerjasama sepanjang kursus dijalankan....terima kasih yang tidak terhingga diucapkan krn menjayakan kursus ini....





Mengajar menggunakan SMARTBOARD bemula Bln July

~ Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan SMARTBOARD bermula bln July....pad awal bln July,projector telah sampai di SKMAA....so, lps cuti pertengahan thn,semua pengajaran diajar menggunakan SMARTBOARD. Dengan pendekatan ini,pembelajaran lebih menarik dan mudah diikuti oleh pelajar.......

Sambutan Hari Guru 2010





Tarikh : 16/05/10
Hari : Ahad
Tempat : Dewan SKMAA

Tema Hari Guru tahun ini ialah " GURU PEMBINA NEGARA BANGSA ". Sambutan Hari Guru amat meriah yang bermula dengan utusan ucapan dari Menteri Pendidikan yang disampaikan oleh Penolong Kanan. Pelajar pula mengambil kesempatan memberi hadiah kepada guru-guru sebagai tanda ingatan dan jasa yang diberikan. Kemudian majlis diteruskan dgn bacaan Yasin, persembahan multimedia, nasyid dan bahasa arab.

Gotong-royong Perdana




Tarikh : 15/05/10
Hari : Sabtu
Tempat : SKMAA

Gotong-royong secara besar-besaran diadakan di SKMAA oleh tenaga kerja semua warga SKMAA dan ibubapa bermula pukul 8.00 hingga tengahari. Kerjasama semua pihak amat dipuji. Semua kawasan sekolah telah dibersihkan dan juga penebangan pokok-pokok di laluan masuk pintu pagar sekolah.

Majlis Penyerahan Kunci cITaKU Lab SKMAA






















Tarikh : 05/05/10
Hari : Rabu
Tempat : Bilik Mesyuarat, cabin cITaKU Lab
Masa : 3.00 petang

Majlis ini diadakan di cabin cITaKU Lab SKMAA sebagai wakil cITaKU Lab negeri Kedah yang merupakan penyerahan kunci dan bermulalah operasi sepenuhnya perkhidmatan IT oleh warga SKMAA. Majlis ini telah menjemput pihak PPD Baling/Sik, PKG, JKK, PIBG dan En Wan Azrain(NCIA). Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar dan semua pihak berpuas hati.






Program e-Tutor








Tarikh : 04/05/10
Hari : Selasa
Tempat : Dewan Seminar , Kompleks Rakan Muda Baling

Seramai 57 pelajar Tahun 6 (3 orang tidak hadir)
Guru : 4 orang

Program e-Tutor ini adalah inisiatif cITaKU Labs dibawah Pihak Perlaksanaan Koridor Utara sebagai program yang dapat membantu pelajar Tahun 6 yg akan menduduki UPSR bln 9 ini.Pelajar diajar bagaimana menggunakan CD interaktif yang mempunyai pelbagai elemen multimedia dan motivasi dari pihak Andaman Publication Sdn Bhd yang merupakan pengeluar buku dan CD pembelajaran. Diharap inisiatif ini dapat membantu pelajar belajar secara interaktif dalam Sains dan matematik.



Pemasangan Computer oleh pihak ClickSoft





Pada 29/04/10 pihak ClickSoft telah menghantar computer sebyk 26 unit Pc serta pemasangan Smartboard oleh William....pemasangan semua peralatan bermula dari pagi hingga petang. Terima kasih yang tak terhingga kepada En. Shah dan pihak ClickSoft(En.Jamal). Tetapi pemasangan internet tidak dapat dipasang kerana kelambatan pihak TM.




Sukan Sekolah







Tarikh : 28/04/10
Hari : Rabu
Tempat : Padang Sekolah

Sukan sekolah melibatkan warga sekolah dan ibubapa.Pelbagai acara diadakan dan termasuk jemputan dari pihak PIBG.Terdapat 4 buah rumah sukan iaitu "MERAH, BIRU, HIJAU, KUNING.Sukan tahun ini sangat meriah dan diakhiri dgn penyampaian hadiah.



Kursus Keusahawanan - Perlis




Kursus keusahawanan telah diadakan pada minggu cuti sekolah (16/03/10-19/03/10) di Puh Inn, Poleteknik Perlis. Semua IT Faci diwajibkan hadir....Kursus ni disampaikan oleh pihak MARA utk memberiberi penerangan secara tererinci bagaimana menjadi seorang usahawan yang berjaya...


Mesyuarat PIBG sekolah

Tarikh : 21 Feb 2010
Masa : 2.30 hingga 5.45
Tempat : Dewan sekolah

~ Mesyuarat diadakan bersama guru-guru dan ibu bapa. Disini membincangkan hal-hal berkaitan dengan apa yang berlaku di sekolah dan menyelesaikan masalah yang dihadapai. Cadangan daripada ibubapa juga dibincangkan bagi mengubah sesuatu ke arah kejayaan. GB juga turut memperkenalkan cITaKU lab dan menerangkan peranannya kepada ibubapa. Disini GB turut menerangkan dengan lebih jelas jadual cITaKU Lab agar ibubapa dapat memberi kerjasama terutamanya dalam kehadiran anak-anak mereka jika terdapat kelas pada sebelah petang.

Perkembangan Pembinaan Cabin cITaKU Lab











Ini adalah perkembangan cabin yang terkini.Cabin masih dalam pembinaan yang sudah hampir sebulan tetapi masih belum siap sepenuhnya.




Mesyuarat Sukan Sekolah 2010

Tarikh : 19/01/10
Tempat : Bilik Guru
Masa : 1.15-2.30 ptg

1.Aluan Pengerusi
2.Menetap tarikh/masa Sukan Sekolah
3.Jawatankuasa Kerja Sukan Sekolah
4.Latihan rumah sukan
5.Lain-lain hal

Disini terdapat perubahan tarikh sukan sekolah iaitu mengikut takwim sekolah pada,7/02/10 tetapi telah berubah pada 10/02/10(Rabu) yang telah mendapat persetujuan sebulat suara dari semua guru-guru.Di dalam mesyuarat ini saya telah dilantik menjadi Jawatankuasa Buku Program dan terlibat dalam rumah sukan Kuning.

Pada 27/01/2010 GB telah bermesyuarat bersama PPD.Disini terdapat isu penting iaitu sukan sekolah perlu ditunda pada bulan 4 atau 5.Oleh itu,segala persiapan juga turut ditangguhkan buat sementara.

Pembinaan Cabin cITaKU Labs SKMAA


11/01/2010

Pembinaan cabin sudah bermula...dimana contractor telah bertungkus-lumus menyiapkan cabin dan berbincang bersama GB tentang tapak cabin yg ditentukan mengikut perjanjian.Ini menunjukkan proses pembinaan cabin cITaKU Lab SKMAA akan dijalankan dan diharapkan ianya akan sempurna dan cepat siap bagi memudahkan pembelajaran dan pengajaran.

Lawatan Ketua IT Facilitator


Perbincangan di tapak cabin

7/01/2010

Ketua IT faci,Shah telah datang ke sekolah untuk melawat tapak cabin dan menerangkan kepada GB setakat mana proses cITaKU labs dan tempoh yang dijangkakan siap.Disamping itu,shah menerangkan prosedur untuk IT faci sekiranya mempunyai hal tertentu yg perlu keluar dari kawasan sekolah dgn borang2 yg disediakan.Penglibatan komuniti di sekitar sekolah yang memerlukan kebenaran pihak sekolah terlebih dahulu juga dibincangklan.