cITaKU Lab SK Mohd Ariff Abdullah

club IT for all koridor Utara

Perkembangan Pembinaan Cabin cITaKU Lab











Ini adalah perkembangan cabin yang terkini.Cabin masih dalam pembinaan yang sudah hampir sebulan tetapi masih belum siap sepenuhnya.




Mesyuarat Sukan Sekolah 2010

Tarikh : 19/01/10
Tempat : Bilik Guru
Masa : 1.15-2.30 ptg

1.Aluan Pengerusi
2.Menetap tarikh/masa Sukan Sekolah
3.Jawatankuasa Kerja Sukan Sekolah
4.Latihan rumah sukan
5.Lain-lain hal

Disini terdapat perubahan tarikh sukan sekolah iaitu mengikut takwim sekolah pada,7/02/10 tetapi telah berubah pada 10/02/10(Rabu) yang telah mendapat persetujuan sebulat suara dari semua guru-guru.Di dalam mesyuarat ini saya telah dilantik menjadi Jawatankuasa Buku Program dan terlibat dalam rumah sukan Kuning.

Pada 27/01/2010 GB telah bermesyuarat bersama PPD.Disini terdapat isu penting iaitu sukan sekolah perlu ditunda pada bulan 4 atau 5.Oleh itu,segala persiapan juga turut ditangguhkan buat sementara.

Pembinaan Cabin cITaKU Labs SKMAA


11/01/2010

Pembinaan cabin sudah bermula...dimana contractor telah bertungkus-lumus menyiapkan cabin dan berbincang bersama GB tentang tapak cabin yg ditentukan mengikut perjanjian.Ini menunjukkan proses pembinaan cabin cITaKU Lab SKMAA akan dijalankan dan diharapkan ianya akan sempurna dan cepat siap bagi memudahkan pembelajaran dan pengajaran.

Lawatan Ketua IT Facilitator


Perbincangan di tapak cabin

7/01/2010

Ketua IT faci,Shah telah datang ke sekolah untuk melawat tapak cabin dan menerangkan kepada GB setakat mana proses cITaKU labs dan tempoh yang dijangkakan siap.Disamping itu,shah menerangkan prosedur untuk IT faci sekiranya mempunyai hal tertentu yg perlu keluar dari kawasan sekolah dgn borang2 yg disediakan.Penglibatan komuniti di sekitar sekolah yang memerlukan kebenaran pihak sekolah terlebih dahulu juga dibincangklan.

1st Day Mengajar


Pelajar kelas 6 Rajin

Lukisan dan label pada component computer oleh pelajar Thn 6 Rajin

Melukis component computer dan menerangkan fungsinya.
Pada minggu pertaman persekolahan...Saya telah mengajar dengan cara alternatif yang lain seperti melukis dan melabelkan component computer menggunakan white board memandangkan tidak semua komputer berfungsi di makmal ini.Semua pelajar diberi penerangan mengenai fungsi hardware dan bagaimana cara menggunakan komputer.



Hari Pertama Persekolahan


3/01/2010 Hari pertama persekolahan,semua guru dan pelajar berada dalam perhimpunan sekolah bagi mendengar pesanan dan pengumuman daripada GB,PK dan cikgu-cikgu yang lain.Hari nin juga merupakan hari permulaan warga sekolah SKMAA akan memulakan pembelajaran sepanjang tahun 2010 dengan azam yang baru.Untuk semangat yang baru,saya telah menyiapkan Planning 2010 untuk komuniti,guru dan pelajar sekolah agar lebih bersedia.Saya juga sentiasa memikirkan aktiviti yang menarik dan tidak membosankan serta memberi kepentingan kepada semua.

IT Executive

Farhah Mansor

SKMAA

VISI SMAA AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DI DAERAH BALIKNG SIK 2010

My School

Address :
SK Mohd Ariff Abdullah,
09300 Kuala Ketil.

Tel No : 04-4430354
Fax No :04-4430358

Guru Besar :
En. Abd Malek B. Rasid
Bilangan Pelajar : 366 orang
Bilangan Guru : 29 orang




Calendar & Clock