cITaKU Lab SK Mohd Ariff Abdullah

club IT for all koridor Utara

Calendar - Tahun 6



Murid Tahun 6 menggunakan M/S Publisher untuk menghasilkan calendar bagi bulan Julai. Terlebih dahulu, penerangan yang padat telah diberikan beserta dengan langkah-langkah cara menghasilkan calendar. Murid diberi kebebasan memilih design mereka sendiri. Kemudian mereka mengisi aktiviti setiap ruang pada tarikh tertentu sepanjang bulan July. Menghasilkan calendar menggunakan M/S Publisher adalah perisian yang mudah difahami dan menarik.



Riang Gembira Bersama Haiwan - CD Multimedia Tahun 1

Murid tahun 1 telah mengenal haiwan darat melalui Perisian CD Multimedia Interaktif yang bertajuk "Riang Gembira Bersama haiwan". Di sini murid akan melihat dan mendengar cerita tentang haiwan. CD ini mempunyai beberapa modul yang dapat menarik minat murid seperti lagu-lagu haiwan yang mudah diikuti seperti "Kucingku Sayang". Terdapat juga latihan ringkas dan lebih menarik dengan bantuan penggunaan SMARTBoard, dimana murid melakukan latihan secara touch screen. Setelah mempelajar dan mengenal haiwan darat, murid perlu melukis kucing pada "Paint" di komputer masing-masing. Lukisan tersebut boleh menggunakan bulatan, garisan dan pensil yang terdapat di "tools" serta mewarnakannya..

Silde Power Point - Tahun 2




Minggu ini, murid tahun 2 telah diajar menyediakan slide power point tentang "Diri Saya".
penerangan diberikan terlebih dahulu mengenai "new slide, design, masukkan text, tambah slide,delete slide dan slide show'. Setiap slide perlu dimasukan maklumat seperti hobi,cita-cita,makanan kegemaran, minuman kegemaaran dan sebagainya. Setelah selesai,mereka diajar cara menimpan file masing-masing. 5 orang murid akan membentang hasil kerja mereka kepada kawan-kawan.





Pembelajaran Multimedia Prasekolah

~ Pada minggu ini (20/7/11) , murid-murid prasekolah telah belajar mendengar dan menjawab soalan dengan menggunakan CD Multimedia. Mereka telah mengenal haiwan dan jenis kumpulannya. Kemudian mereka juga mengetahui cara pergerakan haiwan tertentu beserta dengan bunyi haiwan tersebut. Setelah selesai aktiviti, murid perlu melukis seekor jenis haiwan dengan menggunakan "Paint".

Sukan Tahunan SKMAA 2011

~ Sukan Tahunan SK Mohd Ariff Abdullah 2011telah dijalankan dengan jayanya oleh semua murid, guru dan ibubapa. Sukan ini bermula pada 2.30 ptg hingga 6.30 ptg. Pelbagai acara dijalankan kepada murid dan ibubapa. Yang Dipertua PIBG turut hadir memeriahkan. Pada permulaan majlis telah diadakan perarakan mengikut kontijen rumah sukan bermula dari tapak perhimpunan hingga ke padang sekolah. Setelah selesai semua acara, penyampaian hadiah dijalankan bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang. Pada tahun ini, Rumah Kuning menjadi Juara keseluruhan yang telah mengumpul mata paling tinggi.

Penyampaian sijil - Program Smart IT Camp

Wakil kelas 4 Tekun



Wakil kelas 4Rajin


Wakil Kelas 5 Tekun

Wakil Kelas 5 Rajin

~Pada 10/7/11,Penyampaian sijil bagi program cuti sekolah iaitu Program Smart IT Camp yang telah dijalankan pada cuti pertenghan sekolah telah diselitkan dalam sessi perhimpunan sekolah.Sijil ini telah ditandatangani oleh Program's Manager cITaKU Lab iaitu En Shukri B. Ramly. Penyampaian sijil ini juga telah disampaikan oleh Penolong Kanan 1 Pentadbiran iaitu Pn. Sabariah. Setiap kelas hanya dijemput wakil kelas sahaja untuk menjimatkan masa.

CATT Training - Cinta Sayang Resort



~ CATT Training diadakan selama 2 hari ( 8/7 - 9/7/11) di Cinta Sayang Resort. Training ini telah diadakan oleh pihak careerxcell untuk meningkatkan lagi motivasi IT Facilitator dan staff di Edu Citi-Tel Sungai Petani. Macam-macam ilmu dan pengalaman yang diperolehi dapat meningkatkan keyakinan., semangat dan sebagainya.

Good Luck Card - Tahun 4, 5 dan 6

~ Murid tahun 4, 5 dan 6 diberi tugas pada minggu ini iaitu menghasilkan kad "Good Luck".
Kad ini dihasilkan menggunakan M/S Publisher.

Symbol - Tahun 1

~ Pada minggu ini, murid tahun 1 Rajin dan Tekun telah diajar bagaimana menghasilkan simbol menggunakan M/S Word. Langkah-langkahnya diterangkan secara perlahan-lahan dan murid mengikutinya secara serentak bersama IT Facilitator.

Insert -> Symbol
Insert -> close

Murid-murid diberi arahan mengikut simbol tertentu sahaja bersertakan ayat-ayat yang telah disediakan. Manakala ayat pula dihasilkan mengikut color yang berlainan. Disamping mencari simbol, murid juga dapat menukar color font mengikut tugasan yang diberikan.

WordArt - Prasekolah

~ Murid-murid prasekolah diberi penerangan bagaimana menghasilkan nama sendiri dan kawan2 menggunakan WordArt. WordArt ini diperolehi menggunakan M/S Word.
Langkah-langkah penghasilannya diterang satu persatu di SmartBoard. Kemudian murid-murid diberi tugasan melakukannya sendiri. Setiap murid boleh melakukan seberapa banyak yang mampu. Secara keseluruhannya, murid-murid dapat melakukannya dengan sendiri.

Larian 1 Malaysia - 1 Murid 1 Sukan

~Diadakan serentak di setiap sekolah di seluruh malaysia. Sebelum larian dijalankan, senaman aerobic telah diadakan dan ketuai oleh pasukan aerobic sekolah selama 10 minit sahaja. Kemudian larian bagi semua murid dijalankan dan dikuti oleh ibubapa serta guru. Larian dimulakan dari pintu masuk sekolah dan sekitar kawasan sekolah. Seramai 5 orang Pemenang yang terawal akan diberikan hadiah. Selepas semua telah selesai sampai semula di pintu masuk sekolah, jamuan makanan disediakan oleh pihak sekolah kepada semua yang hadir. Larian 1 malaysia ini berjaya dijalankan dengan lancar dan gemilang.