cITaKU Lab SK Mohd Ariff Abdullah

club IT for all koridor Utara

Menaip surat rasmi dengan format yang betul - Thn 4 dan 5

~Pada minggu terakhir bulan October, semua murid tahun 4 dan 5 diberi tunjuk ajar bagaimana menaip surat rasmi dengan format yang betul menggunakan M/S Word yang bertajuk "Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah". Kemudian, semua murid melakukan aktiviti dengan menaip surat rasmi seperti mana yang telah diajar. Penggunaan tab pada keyboard ditekan agar mereka dapat membezakan perenggan dan ayat biasa.

Melukis Kenderaan Udara dan Darat - Thn 2 dan 3

~ Sebagai latihan bagi kemahiran melukis, murid-murid ditugaskan melukis kenderaan udara dan darat. Semua murid melukis dengan menggunakan gambaran mereka sendiri. Penggunaan garisan, bulatan, color dan pelbagai tools yang terdapat dalam Paint dapat diaplikasikan dengan baik.

Brochure menggunakan M/S Publisher - Tahun 4, 5 dan 6

~Pada awal bulan Ogos, murid tahun 4, 5 dan 6 akan diajar bagaimana menghasilkan dan merekabentuk brochure yang padat isinya dan menarik. Murid akan diberi penerangan yang detail mengenai cara membuatnya dan ditunjukkan contoh-contoh brochure yang sedia ada sebagai gambaran. Kemudian, murid akan membuat brochure mengikut design yang dipilih dan mereka diberi tugas untuk menghasilkan brochure bertajuk " Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011".

Perkhemahan Badan Unit Beruniform

~ Perkhemahan diadakan pada 29/9/11 hingga 30/9/11 iaitu selama 2 hari di SK Mohd Ariff Abdullah. 4 Badan Unit beruniform iaitu Pengakap, TKRS, Puteri Islam dan PBSM turut terlibat. diantara aktiviti yang dilakukan adalah pertandingan berkawat dan pertandingan memasak. Semua murid sentiasa memberi kerjasama sepanjang perkhemahan. Guru-guru juga turut memberi kotmitmen bagi menjayakan program ini.

Rombongan ke Muzium dan Zoo Taiping - Prasekolah









~ Pada 28/9/11 (rabu), Rombongan ke Muzium dan Zoo Taiping telah berjalan dengan lancar oleh murid prasekolah bersama guru-guru yang mengajar mereka. Seramai 22 orang murid prasekolah dan 4 orang guru.
Terdapat seramai 16 orang murid daripada persatuan puteri islam turut serta bagi memenuhi ruang yang ada. Saya selaku IT fasilitator juga turut serta disebabkan saya telah mengajar murid prasekolah dalam subjek ICT yang merupakan salah satu subjek tambahan mereka. Perjalanan bermula dari SK Mohd Ariff Abdullah adalah pada 7.30 pagi dan sampai ke Muzium sebelum tengahari. Murid-murid begitu teruja melihat pelbagai peninggalan sejarah di Malaysia. Kemudian rombongan ini diteruskan ke Zoo Taiping. Begitu seronok semua murid melihat pelbagai jenis haiwan dan aksi-aksi yang ditunjukkan. Secara tidak langsung, ianya dapat menambah pengetahuan dan pengalaman yang baru kepada mereka. Setelah selesai makan, kami pun pulang dan samapai di sekolah pada pukul 4.30 petang. Bersyukur kerana semuanya selamat.