cITaKU Lab SK Mohd Ariff Abdullah

club IT for all koridor Utara

Melukis Buah-buahan - Pra sekolah



Kelas cITaKU Lab bagi pra sekolah minggu ni (20.4.11) ialah melukis buah-buahan dengan menggunakan Paint. Murid-murid dikehendaki melukis dan mewarna buah-buahan yang berbentuk bulatan seperti rambutan, anggur, limau, tembikai, langsat dan sebagainya.
Murid-murid menggunakan bentuk asas iaitu bulatan yang telah dipelajari pada minggu sebelum ini dan mereka dapat mengawal mouse dengan baik ketika melukis. Cara mewarna juga dapat dikuasai.



Karnival Bahasa Inggeris Zon Kuala Ketil 2011













Tarikh : 14/4/11
Hari : Khamis
Masa : 8.00 am - 1.00 pm
Tempat : SK Tembak, Kuala Ketil

Karnival Bahasa Inggeris Zon Kuala Ketil 2011 ini disertai oleh 12 buah sekolah di zon Kuala Ketil. Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi penggunaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar sekolah rendah agar ianya sejajar dengan bahasa yang lain.

~ 12 buah sekolah terlibat dalam menjayakan karnival ini dan diberi tugas mengikut sekolah masing-masing.
~ SK Mohd Ariff Abdullah telah dilantik sebagai AJK Pengelola Murid dan Penjaga masa
*Saya selaku Faci IT juga turut membantu dalam tugas ini.
* Diantara pertandingan yang dijalankan ialah Public Speaking, Story Telling dan Spelling Bee.







Karnival Bahasa Melayu Zon Kuala Ketil 2011

Pentas Utama Karnival Bahasa Melayu Zon Kuala Ketil 2011

Guru Besar SK Kampung Selarong dan Pegawai PPD Baling/ Sik


Peserta Bercerita Tahap 1


Peserta Bercerita Tahap 2



Tarikh : 7/4/11
Hari : Khamis
Masa : 8.00 am - 1.00 pm
Tempat : SK Kampung Selarong. Kuala Ketil

Karnival ini diadakan untuk mencungkil bakat-bakat murid sekolah rendah dan memilih untuk menjadi wakil zon Kuala Ketil 2011.

~ 12 buah sekolah terlibat dalam menjayakan karnival ini.
~Setiap sekolah diberi tugas masing-masing agar ia dilaksanakan dengan jayanya.
~ SK Mohd Ariff Abdullah telah dilantik sebagai AJK Dokumentasi Karnival Bahasa Melayu
* Faci IT telah diarahkan oleh guru besar dalam mengendalikan bahagaian dokumentasi seperti mengambil gambar setiap aktiviti dijalankan.
* Diantara pertandingan yang dijalankan ialah Bercerita Tahap 1, Bercerita Tahap 2 dan Pidato.

Gotong Rotong Sekolah





Tarikh : 6/4/11
Hari : Rabu
Masa : 3.00 pm - 5.00pm
Tempat :SK Mohd Ariff Abdullah

Gotong-royong diadakan bagi membersihkan sekitar kawasan sekolah. Ianya dijayakan oleh semua guru dan semua murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Masing-masing membahagikan kawasan tertentu agar gotong-royong dilakukan dengan cepat memandangkan masa hanya 2 jam sahaja.
Saya juga mengambil kesempatan yang ada untuk menceriakan lagi kawasan sekitar citaku lab dengan meletakkan pasu-pasu bunga dengan bantuan murid-murid.

Program "Spelling and Listening"




Tarikh : 6/4/11
Hari : Rabu
Masa : 10.00 am - 10.45 am
Tempat : cITaKU Lab SK Mohd Ariff Abdullah

Program ini dilaksanaankan oleh JPN Kedah melalui radio Kedah. PPD telah mengarahkan semua sekolah menjalankan ujian ini serentak. Murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja terlibat. Bagi tahun 4, ujian ini dilakukan di cITaKU Lab dan dibimbng oleh Pn Fauziah Abdullah . Manakala tahun 5 di maklmal sains dan tahun 6 pula di makmal ICT. Murid-murid perlu mendengar perkataan yang disebut melalui radio dan menulis perkataan tersebut dengan betul. Pelajar yang cemerlang akan mewakili sekolah dalam pertandingan seterusnya.

Ulead COOL 3D - Tahun 4,5 dan 6


~Software Ulead COOL 3D ini adalah salah satu software yang boleh menghasilkan teks beranimasi berbentuk 3D. Penggunaannya adalah mudah dan senang difahami oleh pelajar. Terdapat pelbagai jenis style yang menarik. Ianya hanya perlu click and drag untuk menghasilkan teks beranimasi 3D mengikut pilihan yang disediakan. Diantaranya pilihannya adalah seperti : ~ Object Style -> Gallery (Warna yang menarik dan beranimasi) ~Bevel -> Imprint, Frame, Hallow, Board, Light& color, texture, motion ~Templates -> Objects , composition, Camera, Background ~Global Effect -> Shadow, Fire, Motion Blur, Glow ~Object Effect -> Path Animation, Dance, Explosion, Surface Animation, Twist, Token Move, Bend

Mengiringi Pasukan Bola Jaring SKMAA





Tarikh : 3/4/11
Hari : Ahad
Masa : 8.00 am - 1.15 pm
Tempat : SK Kuala Samak

~Saya juga turut membantu melatih pasukan bola jaring sekolah selama 5 hari sebelum pertandingan diadakan. Latihan diadakan pada waktu pagi 7.45 hingga 10.15am. Manakala disebelah petang pula bermula pada 4.00 hingga 5.30 petang. Perlawanan diadakan di SK Kuala Samak.