cITaKU Lab SK Mohd Ariff Abdullah

club IT for all koridor Utara

Latihan Rumah Sukan - Rumah Kuning

~latihan Rumah Sukan diadakan pada setiap rabu dan khamis bermula pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang. Terdapat 4 rumah sukan iaitu,Merah, Biru, Kuning dan Hijau. Saya turut serta didalam latihan rumah sukan iaitu rumah Kuning. Murid-murid dilatih cara bagi setiap acara yang terlibat seperti lompat jauh, larian dan sebagainya. Pemilihan murid bagi acara tertentu mengikut rumah sukan juga dijalankan sebagai persediaan bagi perlawanan di hari Sukan Sekolah 2011 pada 13/7/11 akan datang.

Objek beranimasi-Aplikasi M/S Power Point(Tahun 3)

~Pada minggu ke empat bulan Jun, pelajar tahun 3 akan mempelajari bagaimana menghasilkan objek yang mempunyai animasi yang ringkas. Pembelajaran ini menggunakan M/S Power Point. Pelajar dikehendaki membuat animasi mengikut objek yang dipilih. Diantaranya ialah bola melantun, kapal terbang bergerak, kereta driff,2 motor berlanggar dan sebagainya.

Langkah-langkahnya ialah :
Right click pada objek->custom animation->add effect-> pilihan : entrance,emphasis,exit,motion path.setiap pilihan terdapat pecahan pergerakan yang pelbagai.
Hanya klik pada pilihan pergerakan yang dikehendaki,kemudian lakarkan laluan tersebut. Apabila ingin melihat semula hasil pergerakan objek tersebut, klik pada button Play.

Greeting Cards - "Happy Father's Day"



~ Sempena sambutan Hari Bapa, Murid Tahun 5 dan 6 pada mggu ketiga ini telah diajar menghasilkan kad Ucapan iaitu "Happy Father's Day". Cara menghasilkan kad tersebut telah diterangkan terlebih dahulu dengan menggunakan M/S Publisher. Murid-murid telah design kad tersebut mengikut kesukaan mereka dengan template yang disediakan dan menambah gambar-gambar yang diingini serta color yang diminati. Semua pelajar telah berjaya menghasilkan kad dengan kreatif dan menarik.



Working in Desktop - Tahun 1 dan 2



~ Murid tahun 1 dan 2 telah diajar bagaimana menukar background di desktop. pendedahan ini adalah perlu sebagai asas menguasai window/desktop. Murid akan mengikut arahan secara step by step bersama-sama Fasilitator IT agar ianya dapat dilakukan. Kemudian, murid-murid akan menukar background berulang kali agar mereka dapat mengingat langkah dengan betul. Setiap pelajar menukar gambar yang berlainan mengikut kesukaan mereka. Kerjasama daripada semua murid sangat baik. Mereka saling menolong diantara mereka agar semua tidak ketinggalan.



Melukis Ais Cream _ Pra sekolah




~ Pada minggu ini, murid-murid pra sekolah telah ditunjuk jenis-jenis ais cream untuk memberi idea kepada mereka ketika melukis. Kemudian murid-murid pra sekolah mula melukis di "Paint" ais cream seperti contoh yang telah ditunjukkan di smartboard. Mereka hanya perlu menggunakan tool seperti bulatan dan garisan sahaja. Ramai murid dapat melukis dengan baik.




Renovation V2

~ Terdapat sedikit kesilapan oleh pihak contractor kedudukan bumbung laluan ke citakulab dari bangunan makmal ICT sekolah. Oleh itu, renovation dilakukan kali kedua dengan membuka semula bumbung tersebut dan memasang bumbung tersebut dilaluan yang betul mengikut pelan yang dirancang oleh pihak NCIA. Kerja pemasangan dilakukan dalam masa 1 hari sahaja.

Pertukaran Guru Besar

~ Guru Besar iaitu Pn. Nor Kamilah Bt Ismail telah ditukarkan ke SK Tembak semasa cuti sekolah bulan ini. Kemudian diganti oleh Guru Besar baru iaitu En. Abd Malek Bin Rasid dari SK Paya Besar. Semasa En. Abd Malek mula bertugas di sini, beliau telah melawat citakulab. Di sini saya telah menerangkan objektif citakulab ditubuhkan dan peraturan yang perlu pihak sekolah pantau sepanjang IT facilitator berada dalam kawasan sekolah. Saya juga turut menerangkan peranan saya di sekolah ini dan jadual bagi pelajar yang memasuki kelas citakulab.

Renovation















Pada 8/6/11, 2 orang pekerja drpd Nurkamal Network Sdn. Bhd. telah datang untuk membuat renovation iaitu gril pintu hadapan dan belakang serta bumbung laluan dari makmal ICT sekolah sehingga sambung ke makmal citakulab. Kerja ini hanya mengambil masa sehari sahaja untuk disiapkan.

Program Cuti Sekolah ~ Smart IT camp (30 Mei - 2 Jun 2011)




Smart IT Camp 4 Tekun


Hasil kerja sendiri - 4 Tekun

Masing-masing tunjuk Name Card sendiri

Sedang design name card

Sessi pendaftaran Kelas 4 Tekun

Smart IT Camp 4 Rajin

Setelah berjaya menghasilkan name card - 4 Rajin



Sessi penerangan cara menggunakan M/S publisher


Sessi pendaftaran Kelas 4 Rajin



Smart IT Camp 5 Tekun

Sedang mencari idea untuk menghasilkan name card yg menarik


Sessi pendaftaran 5 Tekun

Smart IT Camp 5 Rajin


sessi pendaftaran kelas 5 Rajin


Berbaris sebelum mendaftar dan mendapatkan file&nota



Maklumat Program
Nama Program : Smart IT Camp
Tarikh : 30 Mei - 2 Jun 2011 ( 4 hari)
Hari : Isnin - Khamis
Tempat : cITaKU Lab Sk Mohd Ariff Abdullah

Sasaran : Murid Tahun 4 dan 5
Software : Microsoft publisher ( Name card)

Objektif : Merekacipta dan Menghasilkan "Name Card", Dapat memasukkan maklumat yang ringkas dan padat, Memilih antaramuka dan warna yang bersesuaian dan dapat menguasai penggunaan Microsoft Publisher dengan baik.