cITaKU Lab SK Mohd Ariff Abdullah

club IT for all koridor Utara

Sambutan Hari Guru 2010





Tarikh : 16/05/10
Hari : Ahad
Tempat : Dewan SKMAA

Tema Hari Guru tahun ini ialah " GURU PEMBINA NEGARA BANGSA ". Sambutan Hari Guru amat meriah yang bermula dengan utusan ucapan dari Menteri Pendidikan yang disampaikan oleh Penolong Kanan. Pelajar pula mengambil kesempatan memberi hadiah kepada guru-guru sebagai tanda ingatan dan jasa yang diberikan. Kemudian majlis diteruskan dgn bacaan Yasin, persembahan multimedia, nasyid dan bahasa arab.

Gotong-royong Perdana




Tarikh : 15/05/10
Hari : Sabtu
Tempat : SKMAA

Gotong-royong secara besar-besaran diadakan di SKMAA oleh tenaga kerja semua warga SKMAA dan ibubapa bermula pukul 8.00 hingga tengahari. Kerjasama semua pihak amat dipuji. Semua kawasan sekolah telah dibersihkan dan juga penebangan pokok-pokok di laluan masuk pintu pagar sekolah.

Majlis Penyerahan Kunci cITaKU Lab SKMAA






















Tarikh : 05/05/10
Hari : Rabu
Tempat : Bilik Mesyuarat, cabin cITaKU Lab
Masa : 3.00 petang

Majlis ini diadakan di cabin cITaKU Lab SKMAA sebagai wakil cITaKU Lab negeri Kedah yang merupakan penyerahan kunci dan bermulalah operasi sepenuhnya perkhidmatan IT oleh warga SKMAA. Majlis ini telah menjemput pihak PPD Baling/Sik, PKG, JKK, PIBG dan En Wan Azrain(NCIA). Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar dan semua pihak berpuas hati.






Program e-Tutor








Tarikh : 04/05/10
Hari : Selasa
Tempat : Dewan Seminar , Kompleks Rakan Muda Baling

Seramai 57 pelajar Tahun 6 (3 orang tidak hadir)
Guru : 4 orang

Program e-Tutor ini adalah inisiatif cITaKU Labs dibawah Pihak Perlaksanaan Koridor Utara sebagai program yang dapat membantu pelajar Tahun 6 yg akan menduduki UPSR bln 9 ini.Pelajar diajar bagaimana menggunakan CD interaktif yang mempunyai pelbagai elemen multimedia dan motivasi dari pihak Andaman Publication Sdn Bhd yang merupakan pengeluar buku dan CD pembelajaran. Diharap inisiatif ini dapat membantu pelajar belajar secara interaktif dalam Sains dan matematik.



Pemasangan Computer oleh pihak ClickSoft





Pada 29/04/10 pihak ClickSoft telah menghantar computer sebyk 26 unit Pc serta pemasangan Smartboard oleh William....pemasangan semua peralatan bermula dari pagi hingga petang. Terima kasih yang tak terhingga kepada En. Shah dan pihak ClickSoft(En.Jamal). Tetapi pemasangan internet tidak dapat dipasang kerana kelambatan pihak TM.




Sukan Sekolah







Tarikh : 28/04/10
Hari : Rabu
Tempat : Padang Sekolah

Sukan sekolah melibatkan warga sekolah dan ibubapa.Pelbagai acara diadakan dan termasuk jemputan dari pihak PIBG.Terdapat 4 buah rumah sukan iaitu "MERAH, BIRU, HIJAU, KUNING.Sukan tahun ini sangat meriah dan diakhiri dgn penyampaian hadiah.



Kursus Keusahawanan - Perlis




Kursus keusahawanan telah diadakan pada minggu cuti sekolah (16/03/10-19/03/10) di Puh Inn, Poleteknik Perlis. Semua IT Faci diwajibkan hadir....Kursus ni disampaikan oleh pihak MARA utk memberiberi penerangan secara tererinci bagaimana menjadi seorang usahawan yang berjaya...


IT Executive

Farhah Mansor

SKMAA

VISI SMAA AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DI DAERAH BALIKNG SIK 2010

My School

Address :
SK Mohd Ariff Abdullah,
09300 Kuala Ketil.

Tel No : 04-4430354
Fax No :04-4430358

Guru Besar :
En. Abd Malek B. Rasid
Bilangan Pelajar : 366 orang
Bilangan Guru : 29 orang




Calendar & Clock