Tarikh : 19/5/11
Hari : Khamis
Masa : 8.00 am hingga 1.00 pm
Tempat : SK Padang Chicak
Sambutan Hari Guru SK Padang Chicak telah dianjurkan oleh citakulab SK Padang Chicak sepenuhnya yang juga turut dibantu oleh pelajar. Tema pakaian pada hari tersebut adalah batik. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan berjalan dengan jayanya oleh Cik Yazniza. Aktiviti yang dijalankan adalah memberi kelainan daripada aktiviti tahun sebelumnya.
Disini saya turut serta bagi memberi sokongan. Ucapan tahniah diucapkan kepada Cik Yazniza atas majlis yang dijalankan dengan jayanya.
Sambutan Hari Guru SK Padang Chicak
Merancang Program Cuti Sekolah
Saya sedang merancang Aktiviti yang akan dijalankan sepanjang cuti sekolah berlangsung.
Saya juga membuat researh untuk mencari aktiviti yang menarik agar minat murid-murid untuk datang ke program yang dijalankan.
Surat bagi memohon kebenaran daripada ibubapa juga disediakan bagi memaklumkan kepada waris mengenai program yang akan dijalankan yang melibatkan pelajar tertentu sahaja mengikut kelas. Ianya adalah sangat penting bagi menjayakan program ini.
Sambutan Hari Guru 2011
Hari : Isnin
Masa : 7.40am hingga 1.15 pm
Tempat : SK Mohd Ariff Abdullah
Sambutan Hari Guru disambut dengan meriah oleh semua warga SKMAA dengan pelbagai aktiviti. Tema bagi tahun ini ialah "GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA".
Awal-awal pagi, murid-murid sibuk memberi hadiah kepada guru-guru mereka sebagai tanda penghargaan mengajar mereka agar menjadi insan cemerlang.
Antara aktiviti yang dijalankan iaitu :
Perhimpunan Khas Hari Guru
Nyanyian Lagu ( Negaraku, Negeri Kedah, Sekolah, Pendidikan Cemerlang Kedah Gemilang)
Membaca perutusan ( Menteri Pelajaran dan Pengarah Pelajaran)
Ucapan Wakil Murid, Wakil Guru, Wakil Guru SPI, YDP PIBG, Guru Besar
Ikrar hari Guru
Lagu Guru Malaysia
Bacaan Yasin
Sukan
Jamuan
Persembahan Hari Guru
Jenis dan Size Tulisan - M/S Word
Cara menukarkan size ditunjukkan bermula size 8 hingga 72. Kemudian murid-murid diberi latihan dengan menaip ayat " saya suka main computer" bermula saiz kecil hingga terbesar.
Radial Diagram - M/S Word
Radial Diagram adalah salah satu peta minda yang digunakan bagi memudahkan sesuatu fakta disampaikan dengan jelas, tepat, ringkas dam mudah difahami. Ia juga adalah hubungan diantara isi-isi penting dan tajuk sesuatu maklumat.
Murid-murid juga ditunjukkan secara jelas cara untuk
- Menambahkan bilangan shape
- Delete bilangan shape
- Memasukkan teks ke dalam shape
- Memilih style mengikut color yang disediakan
- Menghasilkan style dengan sendiri
Murid-murid diberikan tajuk untuk melakukan aktiviti bagi menguatkan lagi pengetahuan mengenai radial diagram
Aplikasi Ulead Cool 3D dalam M/S Power Point
~Aktiviti pada minggu ini iaitu murid tahun 4, 5 dan 6 perlu menyediakan Slide Power Point yang lebih menarik dengan adanya text 3D beranimasi. Disini, murid dapat mempelbagaikan elemen multimedia yang dipelajari bagi menghasilkan persembahan yang lebih menarik dan kreatif.
working in desktop - Tahun 4 dan 3
~Kemudian murid melakukannya sendiri tanpa bantu sesiapa...murid memilih background mengikut kesukaan.
~Murid diberi penerangan bagaimana menghasilkan screen saver mengikut pilihan masing-masing.
~Melatih murid berulang kali mengikur setting masa yang ditentukan....setiap menu diberi penerangan yang tentang fungsi tersebut.