~latihan Rumah Sukan diadakan pada setiap rabu dan khamis bermula pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang. Terdapat 4 rumah sukan iaitu,Merah, Biru, Kuning dan Hijau. Saya turut serta didalam latihan rumah sukan iaitu rumah Kuning. Murid-murid dilatih cara bagi setiap acara yang terlibat seperti lompat jauh, larian dan sebagainya. Pemilihan murid bagi acara tertentu mengikut rumah sukan juga dijalankan sebagai persediaan bagi perlawanan di hari Sukan Sekolah 2011 pada 13/7/11 akan datang.
Objek beranimasi-Aplikasi M/S Power Point(Tahun 3)
~Pada minggu ke empat bulan Jun, pelajar tahun 3 akan mempelajari bagaimana menghasilkan objek yang mempunyai animasi yang ringkas. Pembelajaran ini menggunakan M/S Power Point. Pelajar dikehendaki membuat animasi mengikut objek yang dipilih. Diantaranya ialah bola melantun, kapal terbang bergerak, kereta driff,2 motor berlanggar dan sebagainya.
Langkah-langkahnya ialah :
Right click pada objek->custom animation->add effect-> pilihan : entrance,emphasis,exit,motion path.setiap pilihan terdapat pecahan pergerakan yang pelbagai.
Hanya klik pada pilihan pergerakan yang dikehendaki,kemudian lakarkan laluan tersebut. Apabila ingin melihat semula hasil pergerakan objek tersebut, klik pada button Play.
Greeting Cards - "Happy Father's Day"
Working in Desktop - Tahun 1 dan 2
Melukis Ais Cream _ Pra sekolah
Renovation V2
~ Terdapat sedikit kesilapan oleh pihak contractor kedudukan bumbung laluan ke citakulab dari bangunan makmal ICT sekolah. Oleh itu, renovation dilakukan kali kedua dengan membuka semula bumbung tersebut dan memasang bumbung tersebut dilaluan yang betul mengikut pelan yang dirancang oleh pihak NCIA. Kerja pemasangan dilakukan dalam masa 1 hari sahaja.
Pertukaran Guru Besar
~ Guru Besar iaitu Pn. Nor Kamilah Bt Ismail telah ditukarkan ke SK Tembak semasa cuti sekolah bulan ini. Kemudian diganti oleh Guru Besar baru iaitu En. Abd Malek Bin Rasid dari SK Paya Besar. Semasa En. Abd Malek mula bertugas di sini, beliau telah melawat citakulab. Di sini saya telah menerangkan objektif citakulab ditubuhkan dan peraturan yang perlu pihak sekolah pantau sepanjang IT facilitator berada dalam kawasan sekolah. Saya juga turut menerangkan peranan saya di sekolah ini dan jadual bagi pelajar yang memasuki kelas citakulab.
Program Cuti Sekolah ~ Smart IT camp (30 Mei - 2 Jun 2011)
Smart IT Camp 4 Rajin
Smart IT Camp 5 Rajin
Nama Program : Smart IT Camp
Tarikh : 30 Mei - 2 Jun 2011 ( 4 hari)
Hari : Isnin - Khamis
Tempat : cITaKU Lab Sk Mohd Ariff Abdullah
Software : Microsoft publisher ( Name card)