cITaKU Lab SK Mohd Ariff Abdullah

club IT for all koridor Utara

Menaip cerita pendek - Sang Merbah dan Sang Murai

~ Murid Tahun 2 dan 3 diberi tugasan menaip cerita pendek yang bertajuk "Sang Merbah dan Sang Murai". Di sini murid perlu menaip cerita ini dalam bentu perenggan. Oleh itu, murid perlu tahu bagaimana menggunakan paragraph. Penggunaan huruf besar, huruf kecil, bold, underline, tukar color perkataan dan sebagainya. Murid juga diberi masa yang diperuntukkan agar mereka dapat menaip dengan cepat dan menguasai kecekapan penggunaan keyboard.

Menaip surat rasmi dengan format yang betul - Thn 4 dan 5

~Pada minggu terakhir bulan October, semua murid tahun 4 dan 5 diberi tunjuk ajar bagaimana menaip surat rasmi dengan format yang betul menggunakan M/S Word yang bertajuk "Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah". Kemudian, semua murid melakukan aktiviti dengan menaip surat rasmi seperti mana yang telah diajar. Penggunaan tab pada keyboard ditekan agar mereka dapat membezakan perenggan dan ayat biasa.

Melukis Kenderaan Udara dan Darat - Thn 2 dan 3

~ Sebagai latihan bagi kemahiran melukis, murid-murid ditugaskan melukis kenderaan udara dan darat. Semua murid melukis dengan menggunakan gambaran mereka sendiri. Penggunaan garisan, bulatan, color dan pelbagai tools yang terdapat dalam Paint dapat diaplikasikan dengan baik.

Brochure menggunakan M/S Publisher - Tahun 4, 5 dan 6

~Pada awal bulan Ogos, murid tahun 4, 5 dan 6 akan diajar bagaimana menghasilkan dan merekabentuk brochure yang padat isinya dan menarik. Murid akan diberi penerangan yang detail mengenai cara membuatnya dan ditunjukkan contoh-contoh brochure yang sedia ada sebagai gambaran. Kemudian, murid akan membuat brochure mengikut design yang dipilih dan mereka diberi tugas untuk menghasilkan brochure bertajuk " Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011".

Perkhemahan Badan Unit Beruniform

~ Perkhemahan diadakan pada 29/9/11 hingga 30/9/11 iaitu selama 2 hari di SK Mohd Ariff Abdullah. 4 Badan Unit beruniform iaitu Pengakap, TKRS, Puteri Islam dan PBSM turut terlibat. diantara aktiviti yang dilakukan adalah pertandingan berkawat dan pertandingan memasak. Semua murid sentiasa memberi kerjasama sepanjang perkhemahan. Guru-guru juga turut memberi kotmitmen bagi menjayakan program ini.

Rombongan ke Muzium dan Zoo Taiping - Prasekolah









~ Pada 28/9/11 (rabu), Rombongan ke Muzium dan Zoo Taiping telah berjalan dengan lancar oleh murid prasekolah bersama guru-guru yang mengajar mereka. Seramai 22 orang murid prasekolah dan 4 orang guru.
Terdapat seramai 16 orang murid daripada persatuan puteri islam turut serta bagi memenuhi ruang yang ada. Saya selaku IT fasilitator juga turut serta disebabkan saya telah mengajar murid prasekolah dalam subjek ICT yang merupakan salah satu subjek tambahan mereka. Perjalanan bermula dari SK Mohd Ariff Abdullah adalah pada 7.30 pagi dan sampai ke Muzium sebelum tengahari. Murid-murid begitu teruja melihat pelbagai peninggalan sejarah di Malaysia. Kemudian rombongan ini diteruskan ke Zoo Taiping. Begitu seronok semua murid melihat pelbagai jenis haiwan dan aksi-aksi yang ditunjukkan. Secara tidak langsung, ianya dapat menambah pengetahuan dan pengalaman yang baru kepada mereka. Setelah selesai makan, kami pun pulang dan samapai di sekolah pada pukul 4.30 petang. Bersyukur kerana semuanya selamat.

Microsoft Publisher - Tahun 4

~Murid telah diberi penerangan bagaimana menghasilkan sesuatu menggunakan Microsoft Publisher agar hasil kerja menjadi lebih menarik. Tugasan yang diberi ialah murid dikehendaki menulis Rukunegara dengan memilih corak yang menarik mengikut kesukaan sendiri. Disamping itu, mereka juga perlu menggunakan Word Art untuk tajuk dan maklumat yang lain menggunkan font bersize 26, color biru dan jenis tulisan comic sans.

Movie maker - Tahun 3

~ Pada 27/9/11, murid tahun 3 Tekun telah diajar menghasilkan movie drpd gambar2 yang telah dimasukkan ke dalam komputer masing-masing. Pelajar diberi penerangan terlebih dahulu sebelum menggunakan movie maker. Aktiviti pada permulaan adalah :
- Import picture
- movie transition
- movie effect
~ Murid diberi kebebasan memilih gambar-gambar aktiviti di sekolah. Manakala tajuk bagi movie ini ialah : "Sekolahku".

Menghasilkan Jadual menggunakan M/S Excel - Tahun 1

~ Murid tahun 1 menghasilkan jadual guru matapelajaran. Mereka telah diberi penerangan bagi perbezaan "column dan row". Dalam tugasan ini, mereka telah menggunakan font yang bersize 18 dan pelbagai color.

Melukis Bendera Malaysia

~ Murid tahun 1, 2 dan 3 melukis bendera malaysia yang dikenali sebagai Jalur Gemilang menggunakan Paint. Sebelum itu, mereka telah ditayangkan CD Hari Kemerdekaan yang mempunyai penerangan tentang kemerdekaan, mengenali Jalur Gemilang, maksud setiap warna pada bendera dan menyanyikan lagu Jalur Gemilang. Secara tidak langsung, semua murid akan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

~ Manakala murid tahun 4 dan 5 pula, mereka melukis bendera Malaysia di "Paint"dengan menggunakan semua tools dan memasukkan bendera tersebut ke dalam M/S Word untuk menaip sajak yang bertajuk " 54 Tahun Kemerdekaan".

~ Memasukkan gambar ke dalam M/S word : Insert -> Pictures -> From file.
~Pilih gambar dan klik Insert.

~Menaip sajak : Jenis Font - Arial , Size font - 20 , color - blue

Majlis Khatam Al-Quran

~Program Ihya' Ramadhan sempena bulan Ramadhan diakhiri dengan Majlis Khatam Al-Quran. Seramai 10 orang murid mewakili pelajar yang lain bersama 3 orang guru berada diatas pentas sebagai membimbing majlis khatam Al-Quran. Majlis berlangsung dengan lancar. Turut diundang seorang ustaz sebagai penceramah sempena bulan Ramadhan.

Kad Hari Raya ~ Microsoft Publisher ( Tahun 3, 4, 5 dan 6)

Murid-murid menyediakan kad Hari Raya Aidilfitri menggunakan M/S Publisher. Di sini mereka dapat membuatnya dengan baik disebabkan mereka pernah menggunakan Publisher sebelum ini seperti Kad Selamat Hari Bapa, Kad Good Luck, Kad Selamat Hari Lahir dan sebagainya. Murid perlu menyediakan ucapan kepada salah seorang kawan sekelas. Setiap design perlulah kreatif agar hasilnya menarik.

Ucapan Selamat Hari Raya - ( Micosoft Word - Tahun 1 )

Pada minggu ke2 bln Ogos, murid tahun 1 melakukan tugasan menggunakan micosoft word dengan memasukan perkataan " SELAMAT HARI RAYA" menggunakan Word. Disamping itu, mereka juga menghiaskannya dengan menambah border and shading dan memasukan background yang menarik. Setiap murid dapat melakukannya dengan baik.

Animasi - Macromedia Director ( Thn 5 dan 6 )

Murid telah diajar bagaimana menghasilkan animasi menggunakan Macromedia Director. Mereka telah diterangkan tools yang ada dan bagaimana function setiap tools tersebut seperti stage, cast, score dan lain-lain lagi. Pada permulaannya ,murid diberi tugasan melukis seekor binatang dan memberi pergerakan kepada binatang tersebut agar menampakkan binatang tersebut sedang berjalan. Dengan cara ini, murid akan lebih mahir cara penggunaannya sebelum melakukan tugasan yang lebih rumit.

Menceriakan sekolah sempena Hari Kemerdekaan

~ Semua warga SKMAA sedang menceriakan kelas masing-masing dan kawasan sekolah dengan menggantung bandera Malaysia. Semua murid saling tolong-menolong guru-guru mewarnakan bendera Malaysia untuk digantung dipagar sekolah bagi meningkatkan lagi semangat menyambut Hari Kemerdekaan tidak lama lagi.Kelas yang dihias dengan cantik akan dijanjikan hadiah.

Program Ihya' Ramadhan




Sepanjang bulan puasa, program Ihya' Ramadahan diadakan bagi mengisi waktu rehat dengan membaca Al-Quran mengikut kumpulan yang diberi bersama guru bimbingan. Murid menggunakan masa rehat utuk menghabiskan bacaan Al-Quran sebelum majlis khatam Al-Quran diadakan pada penghujung bulan Ramadhan. Fasilitator IT telah ditugaskan untuk mengambil gambar sepanjang program ini dijalankan sebagai dokumentasi.

Melukis menggunakan Paint - Keluarga Saya (Tahun1)

Murid Tahun 1 diberi tajuk "Keluarga Saya" dan perlu melukis mengikut bilangan ahli keluarga masing-masing. Murid-murid hanya perlu menggunakan tools didalam Paint seperti garisan, bulatan dan color sahaja. Contoh lukisan ditunjukkan terlebih dahulu sebagai panduan.

Latihan Kebakaran






Latihan kebakaran diadakan secara mengejut. Semua murid-murid berlari-lari megikut laluan kecemasan yang telah dipaparkan di setiap kelas. Semua murid berpusu-pusu ke padang sekolah dan berbaris mengikut kelas. Manakala guru kelas pula mesti memastikan muridnya cukup dan tidak ada seorang pun yang tertinggal. Penerangan secara ringkas oleh wakil syarikat pembekalan alat pemadam api dengan cara yang betul. Kemudian demonstrasi dilakukan oleh guru dan murid bagaimana cara mempratikan penggunaan alat pemadam api dengan cara yang betul. Ini sangat penting jika ada kecemasan atau sebarang kebakaran berlaku disekolah.


Calendar - Tahun 6



Murid Tahun 6 menggunakan M/S Publisher untuk menghasilkan calendar bagi bulan Julai. Terlebih dahulu, penerangan yang padat telah diberikan beserta dengan langkah-langkah cara menghasilkan calendar. Murid diberi kebebasan memilih design mereka sendiri. Kemudian mereka mengisi aktiviti setiap ruang pada tarikh tertentu sepanjang bulan July. Menghasilkan calendar menggunakan M/S Publisher adalah perisian yang mudah difahami dan menarik.



Riang Gembira Bersama Haiwan - CD Multimedia Tahun 1

Murid tahun 1 telah mengenal haiwan darat melalui Perisian CD Multimedia Interaktif yang bertajuk "Riang Gembira Bersama haiwan". Di sini murid akan melihat dan mendengar cerita tentang haiwan. CD ini mempunyai beberapa modul yang dapat menarik minat murid seperti lagu-lagu haiwan yang mudah diikuti seperti "Kucingku Sayang". Terdapat juga latihan ringkas dan lebih menarik dengan bantuan penggunaan SMARTBoard, dimana murid melakukan latihan secara touch screen. Setelah mempelajar dan mengenal haiwan darat, murid perlu melukis kucing pada "Paint" di komputer masing-masing. Lukisan tersebut boleh menggunakan bulatan, garisan dan pensil yang terdapat di "tools" serta mewarnakannya..

IT Executive

Farhah Mansor

SKMAA

VISI SMAA AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DI DAERAH BALIKNG SIK 2010

My School

Address :
SK Mohd Ariff Abdullah,
09300 Kuala Ketil.

Tel No : 04-4430354
Fax No :04-4430358

Guru Besar :
En. Abd Malek B. Rasid
Bilangan Pelajar : 366 orang
Bilangan Guru : 29 orang




Calendar & Clock