cITaKU Lab SK Mohd Ariff Abdullah

club IT for all koridor Utara

Mengiringi Pasukan Bola Jaring SKMAA





Tarikh : 3/4/11
Hari : Ahad
Masa : 8.00 am - 1.15 pm
Tempat : SK Kuala Samak

~Saya juga turut membantu melatih pasukan bola jaring sekolah selama 5 hari sebelum pertandingan diadakan. Latihan diadakan pada waktu pagi 7.45 hingga 10.15am. Manakala disebelah petang pula bermula pada 4.00 hingga 5.30 petang. Perlawanan diadakan di SK Kuala Samak.

Penambahan Bahan Bacaan - Majalah PC April 2011


~Seperti bulan-bulan yang lain, Majalah PC akan disediakan oleh IT Faci sebagai bahan rujukan dan sumber pengetahuan kepada murid-murid. Ini adalah salah satu alternatif untuk menjadikan cITaKU Lab sebagai medan sumber ilmu dalam pengetahuan IT agar kemahiran pelajar dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

MS Power Point - Animation




~ Muris thn 4, 5 dan 6 perlu dihabiskan syallbus MS Power Point pada bulan ini.
~ Murid-murid perlu tahu
*menambahkan slide
*apply design template
* Masukkan text, picture, symbol
* custom animation
* slide show

Lawatan JPN Kedah



~JPN Kedah telah membuat pemantauan di SKMAA. Pemantauan ini turut dilakukan di cITaKU lab. Penerangan mengenai objektif cITaKU lab dan fungsinya diterangkan dengan jelas. Dalam masa yang sama, IT facilitator telah menunjukan dokumentasi SKMAA sepanjang thn 2010 dan aktiviti thn ini.

PROGRAM PERMATA PINTAR - UKM


~IT Facilitator telah diberi tugas oleh Guru Besar untuk handle program PERMATA PINTAR . ~Mendaftar maklumat murid Thn 4, 5 dan 6 agar memudahkan murid melakukan ujian saringan 1 PERMATA PINTAR. ~ Hanya seorang Murid sahaja boleh menjalankan ujian di cITaKU Lab disebabkan hanya ada 1 sahaja broadband kepunyaan IT Facilitator dan dilakukan secara bergilir-gilir. ~ 4 orang murid lagi akan melakukan ujian ini di makmal ICT sekolah kerana hanya 4 buah PC sahaja yang mempunyai rangkaian internet. ~ Murid-murid akan dipanggil apabila terdapat subjek Pendidikan Seni atau Muzik untuk mengisi masa agar dapat melakukan ujian ini. ~ Ujian PERMATA PINTAR akan berakhir pada 20 April akan datang. Sila click di sini untuk mendaftar Ujian Permata Pintar : http://www.permatapintar.edu.my/

Movie Maker - Tahun 6



~Murid Tahun 6 kebanyakkannya telah habis mempelajari syllabus Microsoft Word, Excel dan Power Point. Dengan tidak membuang masa, murid thn 6 akan mula mempelajari movie maker bagi menghasilkan movie dengan idea-idea mereka sendiri. Sebelum mereka menggunakan movie maker, penerangan cara dan langkah-langkahnya telah diberi dengan jelas.

Sambutan Maulidur Rasul 1432H

Sambutan disambut dengan sangat meriah oleh warga SKMAA. Dengan adanya perarakan sambil berselawat keatas Nabi dapat meningkatkan penghayatan Maulidur Rasul. Ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul 1432H turut diadakan.

IT Executive

Farhah Mansor

SKMAA

VISI SMAA AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DI DAERAH BALIKNG SIK 2010

My School

Address :
SK Mohd Ariff Abdullah,
09300 Kuala Ketil.

Tel No : 04-4430354
Fax No :04-4430358

Guru Besar :
En. Abd Malek B. Rasid
Bilangan Pelajar : 366 orang
Bilangan Guru : 29 orang




Calendar & Clock