cITaKU Lab SK Mohd Ariff Abdullah

club IT for all koridor Utara

Karnival Bahasa Melayu Zon Kuala Ketil 2011

Pentas Utama Karnival Bahasa Melayu Zon Kuala Ketil 2011

Guru Besar SK Kampung Selarong dan Pegawai PPD Baling/ Sik


Peserta Bercerita Tahap 1


Peserta Bercerita Tahap 2



Tarikh : 7/4/11
Hari : Khamis
Masa : 8.00 am - 1.00 pm
Tempat : SK Kampung Selarong. Kuala Ketil

Karnival ini diadakan untuk mencungkil bakat-bakat murid sekolah rendah dan memilih untuk menjadi wakil zon Kuala Ketil 2011.

~ 12 buah sekolah terlibat dalam menjayakan karnival ini.
~Setiap sekolah diberi tugas masing-masing agar ia dilaksanakan dengan jayanya.
~ SK Mohd Ariff Abdullah telah dilantik sebagai AJK Dokumentasi Karnival Bahasa Melayu
* Faci IT telah diarahkan oleh guru besar dalam mengendalikan bahagaian dokumentasi seperti mengambil gambar setiap aktiviti dijalankan.
* Diantara pertandingan yang dijalankan ialah Bercerita Tahap 1, Bercerita Tahap 2 dan Pidato.

Gotong Rotong Sekolah





Tarikh : 6/4/11
Hari : Rabu
Masa : 3.00 pm - 5.00pm
Tempat :SK Mohd Ariff Abdullah

Gotong-royong diadakan bagi membersihkan sekitar kawasan sekolah. Ianya dijayakan oleh semua guru dan semua murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Masing-masing membahagikan kawasan tertentu agar gotong-royong dilakukan dengan cepat memandangkan masa hanya 2 jam sahaja.
Saya juga mengambil kesempatan yang ada untuk menceriakan lagi kawasan sekitar citaku lab dengan meletakkan pasu-pasu bunga dengan bantuan murid-murid.

Program "Spelling and Listening"




Tarikh : 6/4/11
Hari : Rabu
Masa : 10.00 am - 10.45 am
Tempat : cITaKU Lab SK Mohd Ariff Abdullah

Program ini dilaksanaankan oleh JPN Kedah melalui radio Kedah. PPD telah mengarahkan semua sekolah menjalankan ujian ini serentak. Murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja terlibat. Bagi tahun 4, ujian ini dilakukan di cITaKU Lab dan dibimbng oleh Pn Fauziah Abdullah . Manakala tahun 5 di maklmal sains dan tahun 6 pula di makmal ICT. Murid-murid perlu mendengar perkataan yang disebut melalui radio dan menulis perkataan tersebut dengan betul. Pelajar yang cemerlang akan mewakili sekolah dalam pertandingan seterusnya.

Ulead COOL 3D - Tahun 4,5 dan 6


~Software Ulead COOL 3D ini adalah salah satu software yang boleh menghasilkan teks beranimasi berbentuk 3D. Penggunaannya adalah mudah dan senang difahami oleh pelajar. Terdapat pelbagai jenis style yang menarik. Ianya hanya perlu click and drag untuk menghasilkan teks beranimasi 3D mengikut pilihan yang disediakan. Diantaranya pilihannya adalah seperti : ~ Object Style -> Gallery (Warna yang menarik dan beranimasi) ~Bevel -> Imprint, Frame, Hallow, Board, Light& color, texture, motion ~Templates -> Objects , composition, Camera, Background ~Global Effect -> Shadow, Fire, Motion Blur, Glow ~Object Effect -> Path Animation, Dance, Explosion, Surface Animation, Twist, Token Move, Bend

Mengiringi Pasukan Bola Jaring SKMAA





Tarikh : 3/4/11
Hari : Ahad
Masa : 8.00 am - 1.15 pm
Tempat : SK Kuala Samak

~Saya juga turut membantu melatih pasukan bola jaring sekolah selama 5 hari sebelum pertandingan diadakan. Latihan diadakan pada waktu pagi 7.45 hingga 10.15am. Manakala disebelah petang pula bermula pada 4.00 hingga 5.30 petang. Perlawanan diadakan di SK Kuala Samak.

Penambahan Bahan Bacaan - Majalah PC April 2011


~Seperti bulan-bulan yang lain, Majalah PC akan disediakan oleh IT Faci sebagai bahan rujukan dan sumber pengetahuan kepada murid-murid. Ini adalah salah satu alternatif untuk menjadikan cITaKU Lab sebagai medan sumber ilmu dalam pengetahuan IT agar kemahiran pelajar dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

MS Power Point - Animation




~ Muris thn 4, 5 dan 6 perlu dihabiskan syallbus MS Power Point pada bulan ini.
~ Murid-murid perlu tahu
*menambahkan slide
*apply design template
* Masukkan text, picture, symbol
* custom animation
* slide show

IT Executive

Farhah Mansor

SKMAA

VISI SMAA AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DI DAERAH BALIKNG SIK 2010

My School

Address :
SK Mohd Ariff Abdullah,
09300 Kuala Ketil.

Tel No : 04-4430354
Fax No :04-4430358

Guru Besar :
En. Abd Malek B. Rasid
Bilangan Pelajar : 366 orang
Bilangan Guru : 29 orang




Calendar & Clock