Sepanjang bulan puasa, program Ihya' Ramadahan diadakan bagi mengisi waktu rehat dengan membaca Al-Quran mengikut kumpulan yang diberi bersama guru bimbingan. Murid menggunakan masa rehat utuk menghabiskan bacaan Al-Quran sebelum majlis khatam Al-Quran diadakan pada penghujung bulan Ramadhan. Fasilitator IT telah ditugaskan untuk mengambil gambar sepanjang program ini dijalankan sebagai dokumentasi.
Program Ihya' Ramadhan
Melukis menggunakan Paint - Keluarga Saya (Tahun1)
Murid Tahun 1 diberi tajuk "Keluarga Saya" dan perlu melukis mengikut bilangan ahli keluarga masing-masing. Murid-murid hanya perlu menggunakan tools didalam Paint seperti garisan, bulatan dan color sahaja. Contoh lukisan ditunjukkan terlebih dahulu sebagai panduan.
Latihan Kebakaran
Latihan kebakaran diadakan secara mengejut. Semua murid-murid berlari-lari megikut laluan kecemasan yang telah dipaparkan di setiap kelas. Semua murid berpusu-pusu ke padang sekolah dan berbaris mengikut kelas. Manakala guru kelas pula mesti memastikan muridnya cukup dan tidak ada seorang pun yang tertinggal. Penerangan secara ringkas oleh wakil syarikat pembekalan alat pemadam api dengan cara yang betul. Kemudian demonstrasi dilakukan oleh guru dan murid bagaimana cara mempratikan penggunaan alat pemadam api dengan cara yang betul. Ini sangat penting jika ada kecemasan atau sebarang kebakaran berlaku disekolah.
Calendar - Tahun 6
Riang Gembira Bersama Haiwan - CD Multimedia Tahun 1
Murid tahun 1 telah mengenal haiwan darat melalui Perisian CD Multimedia Interaktif yang bertajuk "Riang Gembira Bersama haiwan". Di sini murid akan melihat dan mendengar cerita tentang haiwan. CD ini mempunyai beberapa modul yang dapat menarik minat murid seperti lagu-lagu haiwan yang mudah diikuti seperti "Kucingku Sayang". Terdapat juga latihan ringkas dan lebih menarik dengan bantuan penggunaan SMARTBoard, dimana murid melakukan latihan secara touch screen. Setelah mempelajar dan mengenal haiwan darat, murid perlu melukis kucing pada "Paint" di komputer masing-masing. Lukisan tersebut boleh menggunakan bulatan, garisan dan pensil yang terdapat di "tools" serta mewarnakannya..
Silde Power Point - Tahun 2
penerangan diberikan terlebih dahulu mengenai "new slide, design, masukkan text, tambah slide,delete slide dan slide show'. Setiap slide perlu dimasukan maklumat seperti hobi,cita-cita,makanan kegemaran, minuman kegemaaran dan sebagainya. Setelah selesai,mereka diajar cara menimpan file masing-masing. 5 orang murid akan membentang hasil kerja mereka kepada kawan-kawan.
Pembelajaran Multimedia Prasekolah
~ Pada minggu ini (20/7/11) , murid-murid prasekolah telah belajar mendengar dan menjawab soalan dengan menggunakan CD Multimedia. Mereka telah mengenal haiwan dan jenis kumpulannya. Kemudian mereka juga mengetahui cara pergerakan haiwan tertentu beserta dengan bunyi haiwan tersebut. Setelah selesai aktiviti, murid perlu melukis seekor jenis haiwan dengan menggunakan "Paint".
