~Seperti bulan-bulan yang lain, Majalah PC akan disediakan oleh IT Faci sebagai bahan rujukan dan sumber pengetahuan kepada murid-murid. Ini adalah salah satu alternatif untuk menjadikan cITaKU Lab sebagai medan sumber ilmu dalam pengetahuan IT agar kemahiran pelajar dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Penambahan Bahan Bacaan - Majalah PC April 2011
MS Power Point - Animation
~ Murid-murid perlu tahu
*menambahkan slide
*apply design template
* Masukkan text, picture, symbol
* custom animation
* slide show
Lawatan JPN Kedah
~JPN Kedah telah membuat pemantauan di SKMAA. Pemantauan ini turut dilakukan di cITaKU lab. Penerangan mengenai objektif cITaKU lab dan fungsinya diterangkan dengan jelas. Dalam masa yang sama, IT facilitator telah menunjukan dokumentasi SKMAA sepanjang thn 2010 dan aktiviti thn ini.
PROGRAM PERMATA PINTAR - UKM
Movie Maker - Tahun 6

Sambutan Maulidur Rasul 1432H
Sambutan disambut dengan sangat meriah oleh warga SKMAA. Dengan adanya perarakan sambil berselawat keatas Nabi dapat meningkatkan penghayatan Maulidur Rasul. Ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul 1432H turut diadakan.
Penerangan mengenai Laman web
~ Walaupun cITaKU Lab tidak mempunyai rangkaian internet, tetapi alternatif lain digunakan iaitu menggunakan broadband sebagai platform bagi menerangkan mengenai laman web yang popular digunakan di malaysia mengikut kajian yang dilakukan. Di sini, murid-murid dapat melihat dengan lebih jelas mengenai internet agar mereka dapat gambaran apakah yang dikatakan internet. Contoh-contoh laman web juga turut ditunjukan seperti facebook, google, yahoo, email, youtube, blog dan sebagainya....
~Masih ramai lagi murid tidak pernah menggunakan internet. Dengan adanya pendedahan ini, sekurang-kurangnya mereka tidak ketinggalan daripada mengetahui mengenai internet dan laman web yang sentiasa digunakan oleh orang ramai seperti yang diwar-warkan di televisyen.
Revision last year's syllabus

Pengisian cITaKU Lab oleh murid-murid pra sekolah
Pada tahun ini....Pra sekolah telah menggunakan cITaKU lab sebagai paltform untuk mempelajari ICT. Disini telah diperkenalkan nama perkakasan komputer serta fungsinya.