cITaKU Lab SK Mohd Ariff Abdullah

club IT for all koridor Utara

Penerangan mengenai Laman web

~ Walaupun cITaKU Lab tidak mempunyai rangkaian internet, tetapi alternatif lain digunakan iaitu menggunakan broadband sebagai platform bagi menerangkan mengenai laman web yang popular digunakan di malaysia mengikut kajian yang dilakukan. Di sini, murid-murid dapat melihat dengan lebih jelas mengenai internet agar mereka dapat gambaran apakah yang dikatakan internet. Contoh-contoh laman web juga turut ditunjukan seperti facebook, google, yahoo, email, youtube, blog dan sebagainya....
~Masih ramai lagi murid tidak pernah menggunakan internet. Dengan adanya pendedahan ini, sekurang-kurangnya mereka tidak ketinggalan daripada mengetahui mengenai internet dan laman web yang sentiasa digunakan oleh orang ramai seperti yang diwar-warkan di televisyen.